~~~ Replying to Reviews! ~~~

Ziyuu-chan 145 ( 4/2/18)

Jangan risau! God willing, scene adik beradik alien rambut itik ni pasti ada saja!

Bahasa istana yang digunakan dikenali sebagai 'bahasa dalam'. Adinda ni maksudnya adik, tidak kiralah lelaki atau perempuan! Sama juga dengan kakanda! Kakanda maksudnya abang atau kakak!

Tetapi menariknya, gelaran kakanda dan adinda juga digunakan oleh pasangan kekasih dan suami isteri!

Yana Thompson (4/2/18)

Ikut perancangan, fanfic ini akan habis pada Chapter 9 atau 10!

Mmmm...otak author ni bermusim! Kadang kreatif, kadang tak! Harapnya otak ni stay kreatif all the time!

Hehe, perancangan untuk Boboiboy and the others tahu tentang status sebenar Fang dan Kaizo tu memang ada, cuma itu akan berlaku pada sequel nanti! Hahaha! .~

Guest / Rian Iz (4/2/18)

Hmm actually author pernah buat scene torture lebih mengerikan daripada ini, tetapi dalam English dan tidak pernah di publishkan! Seronok jugak~!

Mestilah seksaan yang sangat azab diberikan, Ponti Anak cuba untuk membunuh adik kecilnya, Fang! Hehe, Kaizo sangat tidak suka jika Fang diancam oleh sesiapapun.

Uhu..siapa yang layak jadi putera mahkota ya? Mmm...kene tunggu sequel lah, God willing!

Nur03022004 (4/2/18)

Hai awakkk! Nak tau, sudilah baca! (_-)-

omar_2821 (4/2/18)

Penantian next chapter anda sudah berakhir! Lepas baca chapter ini, penantian untuk chapter baru pun bermula! Thanks for the endless support!

SylFansiPinguin (5/2/18)

Ohh, panggil Kaizo psyco ye? Hati2, nanti kene serang dengan Pedang Tenaga pulak! :D

Lady Marla ni memang dramatik sikit...

Gopal gementar sangat sampai tak dapat nak jawab! :D

Boboiboy memang suka pandang memandang ni~

fangkaizo (19/2/18)

Hi there! Sudi - sudi lah baca ya!

Guest / Ziyuu-chan (25/2/18)

Yes, sedikit sibuk sekarang ni. Macam - macam dah jadi... TT

Kesian Kaizo...kau panggil dia psycho. : D Takdelah psycho sangat...sikit je...macam kalau ada kaitan dengan ahli keluarga dan tunangan tersayang kot.

Soalan tentang Fang ni tak berapa jelas, tapi agaknya kau bertanya kenapa Fang tak beritahu Boboiboy and the gang yang dia putera? Hah, yang tu kene tanya Fang sendiri ye~ Author pun susah nak selami perasaan budak rambut tajam macam landak ni!

Oooo-hoho, yang ni mana boleh kasi tau sama lu!

Kairo ye? Itu kene tunggu progress fanfic ni.

Mana tak nya? Kalau author pun ada kuasa macam Ying, pun akan aku buat benda yang sama! :D

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

Hari pertama minggu kedua bulan kesebelas telah tiba, menandakan bermulanya minggu kedua ujian kenaikan pangkat TAPOPS. Ujian Latihan Simulasi bermula pada hari ini, dan disebabkan terdapat ramai calon ujian, iaitu 200 anggota TAPOPS tahap pangkat D yang mengambil ujian kenaikan pangkat pada tahun ini, maka terdapat 8 kumpulan untuk ujian ini. 25 orang calon untuk setiap satu kumpulan. Semua kumpulan akan menjalankan ujian di bilik simulasi yang berbeza.

Boboiboy dan Gopal diberikan kumpulan yang berbeza. Boboiboy diletakkan di dalam Kumpulan D-3 dan Gopal pula berada di Kumpulan D-5.

Boboiboy dan 24 calon Kumpulan D-3 yang lain berada di bilik simulasi 3 untuk mendengar taklimat mengenai ujian pada kali ini. Semua calon diarahkan untuk membuat 5 barisan, setiap barisan mempunyai 5 calon. Boboiboy berdiri paling hadapan di barisan ketiga, jadi mudah baginya untuk mendengar dan melihat apa sahaja yang akan ditunjukkan di hadapan nanti. Selain 25 calon ujian, cuma ada 5 orang proctor ujian yang terdiri daripada tahap pangkat C.

Sementara menunggu ketua proctor Ujian Latihan Simulasi Tahap Pangkat D Kumpulan D-3 hadir, kebanyakan calon memilih untuk bersembang. Ada juga yang cuma berdiri senyap dan tak kurang juga yang sudah tertidur sambil berdiri. Boboiboy sempat berkenalan dengan seorang alien bernama Torus yang berasal daripada planet Taurus.

Prebet Torus adalah alien kerbau berkulit hitam manis. Seperti seekor kerbau, dia mempunyai sepasang tanduk dan mempunyai tangan dan kaki yang berkuku seperti kerbau. Dia juga mempunyai ekor yang sentiasa bergerak di belakangnya. Tubuh badannya besar dan sasa.

Pada mulanya, Boboiboy agak takut untuk memulakan perbualan, namun rupanya Torus yang bersikap merendah diri terlebih dahulu menghulur salam perkenalan. Untuk mengalihkan minda mereka daripada terlalu memikirkan tentang ujian, mereka cuma berborak kosong.

Apa yang Boboiboy tahu mengenai Torus adalah dia merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik - beradik. Sudah beberapa generasi keluarganya bekerja sebagai anggota TAPOPS, dan Torus kelihatan sangat bangga meneruskan legasi keluarganya. Menurut Torus juga, planet Taurus sangat jauh daripada headquarters TAPOPS, lebih dekat dengan Bumi.

Setelah mereka menunggu selama beberapa minit, kedengaran pintu masuk bilik simulasi 3 terbuka di belakang mereka. Salah seorang proctor ujian yang berada bersama mereka memberi arahan untuk berdiri tegak dan senang diri. Dia juga mengingatkan mereka supaya memberi sepenuh tumpuan semasa taklimat diberikan.

Seorang anggota TAPOPS berpangkat Sarjan naik ke atas platform yang muncul setelah ketua proctor Ujian Latihan Simulasi Kumpulan D-3 itu tiba di bilik simulasi. Dia berdiri di tengah - tengah platform dan sebuah mikrofon yang diletakkan di microphone stand dinaikkan di hadapannya.

"Selamat pagi. Aku adalah Ketua Proctor Ujian Latihan Simulasi bagi Kumpulan D-3, Sarjan Yanto. Untuk Ujian Latihan Simulasi, semua kumpulan calon akan diberikan tugasan yang sama, namun subjek yang perlu kamu tangani adalah berbeza. Sewaktu Ujian Oral, ada beberapa soalan yang sama yang panel proctor kamu soal. Salah satunya adalah..."Adakah kamu sanggup memusnahkan power sfera yang sudah diprogramkan untuk kemusnahan dan sangat susah untuk diselamatkan?" Ramai yang mengatakan kamu akan menyelamatkan power sfera itu, dan kali ini, kami akan benarkan kamu untuk buktikan apa yang kamu katakan."

Boboiboy menelan air liur. Rasanya dia sudah dapat menduga apakah ujian latihan simulasi yang akan diberikan nanti...

Tekaannya tepat. Di sebelah Sarjan Yanto, hologram Ochobot muncul, membuatkan kebanyakan calon menghela nafas terkejut bercampur gementar. Sarjan Yanto menghulurkan tangan kirinya dan hologram Ochobot terapung ke atasnya. "Ini adalah power sfera Ochobot. Satu - satunya power sphera generasi terbaru yang dapat dikenal pasti. Kuasa Ochobot kemungkinan besar adalah manipulasi kuasa berasaskan bahan, jirim, alam dan sebagainya. Dia juga mempunyai kuasa transportasi yang dberi oleh power sphera Klamkabot, power sphera generasi pertama. Misi anda...adalah untuk menyelamatkan power sphera Ochobot."

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

Seperti biasa, Fang, Boboiboy dan yang lain - lain akan meluangkan masa untuk makan tengah hari bersama - sama. Seolah - olah sudah diaturkan, yang datang awal akan belikan makanan tengah hari untuk yang datang lewat dahulu untuk mengelakkan daripada kafeteria kehabisan makanan dan mereka tidak dapat makan, walaupun itu agak mustahil.

Fang, Yaya dan Ying sudah tiba di kafeteria lebih awal daripada Boboiboy dan Gopal. Fang baru sahaja pulang daripada memberi penerangan kepada kumpulan D-2 sebagai Ketua Proctor kumpulan itu dalam Ujian Latihan Simulasi manakala Yaya dan Ying baru selesaikan misi pengumpulan maklumat mengenai power sphera yang tidak diketahui yang dikesan di Bumi.

Setelah tiga rakan itu membeli makanan mereka dan memilik meja mereka, Fang dan Yaya menawarkan diri untuk membeli makanan untuk Gopal dan Boboiboy. Ying hanya menunggu di meja mereka dan menjaga makanan dan barangan mereka. Sementara menunggu Fang dan Yaya membeli makanan dan Boboiboy dan Gopal datang, Ying mengeluarkan tabletnya dan meneliti semula maklumat yang telah mereka kumpulkan daripada misi tadi.

Power sphera yang tidak diketahui rupa, jantina, generasi, dan kuasa telah dilaporkan berada di Australia setelah satu pod asing ditemui di salah satu pantai di Adelaide. Pod itu sama seperti pod yang LoopBot telah naiki semasa dia melarikan diri daripada Adudu dahulu. Pod itu telah dijumpai oleh sepasang suami isteri daripada Filipina yang berbulan madu di salah satu resort berhampiran pada awal pagi sewaktu mereka berjalan - jalan di pantai tersebut.

Menurut mereka, pod itu memang sudah terbuka sewaktu mereka menemuinya dan ia memang kosong. Setelah menyoal siasat pasangan tersebut dan berpuas hati, Yaya dan Ying telah menggunakan alat kecil berbentuk bulat sebesar badge yang dinamakan Amnesia Flash yang diberikan oleh Komander Koko Ci untuk memadam memori orang - orang biasa berkenaan apa yang telah mereka jumpa bagi melindungi kewujudan alien dan penemuan serta identiti organisasi TAPOPS.

"Ying! Kau dah lama sampai?" Gopal akhirnya sudah sampai.

Ying tersengih. "Lama dah tunggu korang! Ehh! Mana Boboiboy?" Ying perasan ketiadaan Boboiboy berdekatan kawan baiknya itu. Budak perempuan itu melihat sekeliling, mencari kelibat Boboiboy.

Gopal mengeluh dan menarik kerusi di sebelah Ying dan menyertainya di meja bulat itu. "Aku jumpa dia tadi masa taklimat ujian dah habis. Sedih je mukanya. Dia suruh aku makan dengan korang. Aku ajak dia, tapi dia tak nak. Takde selera, katanya."

"Haiyaa, macam mana pulak boleh takde selera? Dia makan sarapan pun cuma makan roti bakar dengan air teh sahaja. Taklimat pulak dari pagi sampai tengah hari. Takkan dia tak lapar?"

"Entah nye!" Gopal mengangkat kedua - dua bahunya. "Mesti ada kaitan dengan kenapa dia nampak sedih! Apa yang dah jadi? Pagi tadi, aku nampak dia okay kot!"

Fang dan Yaya dalam perjalanan ke meja bulat yang dijaga Ying, masing - masing membawa tray yang dipenuhi makanan dan minuman untuk Gopal dan Boboiboy. Dari jauh, mereka sudah nampak Ying dan Gopal, tetapi tiada pula kelibat Boboiboy. Fang dan Yaya berpandangan sesama sendiri sebelum mereka sambung berjalan ke arah meja mereka.

"Hah, dah sampai pun kau, Gopal. Mana Boboiboy?" Yaya menyoal budak lelaki itu. Yaya meletakkan tray makanan yang dibawanya di hadapan kerusi kosong di sebelahnya manakala Fang memberikan tray makanan yang dibawanya pada Gopal.

"Boboiboy tak nak join kita makan."

Mendengar jawapan daripada Gopal, Fang memandang tepi sedang dia memikirkan sesuatu.

"Hah? Kenapa pulak? Dia tak lapar ke?" Yaya bertanya lagi.

"Entah lah. Tapi dia nampak sedih tadi. Aku pun tak tahu kenapa." Gopal membalas sambil memandang macam - macam makanan di hadapannya. Gopal menelan air liur melihat pencuci mulut yang Fang belikan untuknya iaitu kek coklat dengan strawberry and cream topping.

"Aku rasa aku tahu kenapa." Fang tiba - tiba berkata dan semua rakannya memandangnya. "Ujian Latihan Simulasi Tahap Pangkat D kali ni melibatkan simulasi menyelamatkan power sphera yang sudah hilang kawalan. Ada lapan kumpulan untuk ujian ini, dan setiap kumpulan akan cuba selamatkan power sphera yang berlainan. Aku rasa, mesti kumpulan Boboiboy dapat Ochobot."

"Hmm, kalau tak salah, Boboiboy dapat kumpulan D-3 tadi. Aku dapat D-5."

"Betul lah tu!" Fang mengangguk. "Kumpulan D-3 akan dapat Ochobot, kumpulan D-5 pulak dapat ImpiBot."

"Kumpulan D-2 kau pulak?" Ying ingin tahu.

"Dapat ApiBot." Jawab Fang.

"Jadi...Boboiboy ni mesti sedih sebab dia terfikirkan pasal Ochobot, dan kalau satu hari nanti, Ochobot mungkin akan diprogramkan untuk mencetuskan huru - hara, macam tu ke?" Yaya meneka punca Boboiboy berkelakuan sedemikian.

"Hmm ye kot. Sebab dia mula berperangai macam tu lepas keluar daripada taklimat ujian." Gopal menjawab.

"Okay, kalau macam tu, aku rasa, salah seorang daripada kita pergi pujuk Boboiboy. Yang lain - lain, makan dahulu." Fang memberi cadangan. Dia memandang ke arah Yaya. "Yaya, kau pergi pujuk Boboiboy."

Yaya terkejut dengan cadangan Fang. "Ehh, err...boleh...tapi kenapa pulak aku?"

Fang menyilang tangannya. "Aku tak boleh sebab aku sendiri Ketua Proctor ujian kumpulan lain. Gopal pula, dia sendiri perlu cari jalan untuk ujian latihan simulasinya dan itu bukannya tugas yang mudah. Ying pulak dah dipanggil oleh Laksamana Tarung, dia perlu pergi sebaik sahaja habis makan. Lagipun, kau pandai beri nasihat dan kau sebenarnya lebih kenal Boboiboy berbanding kitorang bertiga." Panjang lebar alasan yang diberi Fang.

Yaya terdiam dan berfikir sebentar. "Hmm baiklah, aku pergi. Aku bungkuskan makanan aku dan Boboiboy dulu." Yaya beredar ke kaunter bungkusan dengan dua tray yang terapung di hadapannya, memeranjatkan beberapa anggota TAPOPS berhampiran yang belum pernah melihatnya menggunakan kuasa apungannya.

Apabila Yaya sudah jauh daripada mereka, Ying menjeling ke arah Fang. "Hoiii, mana ada Laksamana Tarung panggil aku."

"Ada." Fang mengeluarkan lencana TAPOPSnya dan menunjukkan mesej rakaman holografik daripada Tarung kepada Ying. Ying mendengar mesej yang diberikan dan memberi tabik hormat TAPOPS sebaik sahaja mesej rakaman itu berakhir. Gopal sudah lama mula makan. Dah separuh makanan dia sudah dihabiskan.

"Aku harap semuanya okay." Fang berbisik pada diri sendiri sebelum menggigit donut lobak merahnya.

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

Keluar sahaja daripada kawasan kafeteria, Yaya mengaktifkan GPS di jam kuasanya untuk mengesan lokasi Boboiboy. Menurut GPS, Boboiboy berada di sebuah taman kecil tidak jauh daripada kafeteria itu. Dengan dua bungkusan makanan di tangan kanan dan dua botol air di dalam plastik dipegang tangan kirinya, Yaya mencari rakannya dengan berpandukan GPS.

Akhirnya Yaya terlihat Boboiboy sedang duduk di salah satu bench kayu di taman kecil yang kelihatan indah dengan pelbagai jenis bunga - bungaan yang ditanam. Seperti yang Gopal katakan, Boboiboy kelihatan sedih. Dia hanya memandang ke bawah dan seperti tidak bersemangat.

Yaya berjalan ke arah Boboiboy dan berhenti betul - betul di hadapannya. Perasan yang ada orang di hadapannya, Boboiboy melihat ke atas dan disambut dengan senyuman manis Yaya. "Hai, Boboiboy! Aku dah bawakan makan tengah hari kau! Aku ada jugak belikan air jus oren untuk kau!" Yaya menghulurkan bungkusan makanan dan air botol jus oren pada Boboiboy.

Boboiboy tersenyum tawar. "A'ah, perisa kegemaran aku. Terima kasih Yaya."

"Sama - sama." Yaya berkata dan duduk di sebelah Boboiboy.

Kedua - dua mereka tidak bercakap. Yaya sudah mula membuka bekas makanannya dan mengeluarkan sudu dan garfu. Boboiboy cuma memandang bekas makanannya seperti dia tidak pernah melihat bekas itu sebelum ini. Dia mengambil jus oren itu dan meminumnya sedikit.

Yaya memerhatikan kelakuan Boboiboy.

"Boboiboy, kau tak nak makan ke?"

"Err...aku tak lapar. Kau makanlah, aku temankan."

Berkerut dahi Yaya mendengar jawapan Boboiboy. Dia meletakkan semula sudu dan garfunya dan menutup bekas makanannya. "Boboiboy, Fang ada bagitahu pasal ujian latihan simulasi tu. Kau kene selamatkan Ochobot dalam ujian tu, kan?"

"Mmm betul tu."

"Kau sebenarnya risaukan Ochobot. Kau takut kalau satu hari nanti, Ochobot nanti betul - betul jatuh ke tangan yang salah dan digunakan."

Boboiboy mengeluh panjang. Pandangannya dialihkan daripada Yaya kepada seekor kupu - kupu alien yang hinggap di sekuntum bunga warna merah berpolka dot putih. "Cara sarjan yang jadi ketua proctor kumpulan aku tu bercakap, macam Ochobot tu cuma robot yang mempunyai kuasa yang hebat aje. Pada aku, Ochobot lebih dari tu. Ochobot tu kawan aku! Mestilah aku akan selamatkan dia! Dan aku juga takkan benarkan Ochobot diambil oleh pemburu power sphera! Tapi, katakanlah aku gagal lindungi Ochobot dan dia digunakan untuk kejahatan, macam mana aku nak selamatkan dia? Aku tak cukup kuat!"

"Boboiboy." Lembut suara Yaya memanggilnya.

Boboiboy memandang Yaya yang tersenyum kepadanya.

"Kau ambik ujian ni untuk naik pangkat dan jadi lebih kuat. Apa yang kau buat ni kan langkah pertama kau untuk memastikan Ochobot selamat. Daripada kau risau tak tentu pasal dan tak bersemangat sampai kau tak boleh fokus pada apa yang penting sekarang ni, lebih baik kau gunakan perasaan ni untuk berusaha bersungguh - sungguh. Sebab setiap apa yang kau buat akan beri kesan pada keselamatan Ochobot. Dan bukan Ochobot saja, malah power - power sphera yang lain juga."

"Yaya..."

"Tapi walaupun kau mahu jadi lebih kuat, jangan lupa untuk jaga diri sendiri juga. Makan, minum, tidur, berlatih, rehat, dan belajar secukupnya pun penting untuk bantu kau. Kalau tak, macam mana kau nak berikan yang terbaik dalam setiap perkara yang kau lakukan?" Yaya berkata dan menjeling pada bekas makanan Boboiboy.

Budak lelaki itu tersengih - sengih. "Ehehe, okay, aku faham. Aku makan dulu ye." Boboiboy berkata dan membaca doa makan. Selepas itu, dia membuka bekas makanannya dan salah satu hidangan menarik perhatiannya, iaitu kek pandan. Wahhh, makanan kegemarannya pun Yaya tahu ye?

"Yaya."

"Hmm?"

"Terima kasih. Kau memang terbaik lah, Yaya."

"Sama - sama."

Kedua - dua mereka tersenyum sesama sendiri seketika sebelum mula makan. Mereka tidak sedar yang Fang sedang memerhatikan mereka dari sebalik dinding. Fang tersenyum melihat Boboiboy sudah kembali bersemangat dan mereka mula makan. "Berikan yang terbaik, Boboiboy." Fang teringat mesyuarat proctor ujian dahulu.

Nama Boboiboy bukan dalam pertimbangan untuk jawatan Lans Koperal yang dipohonnya.

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

Pada malam itu, kelihatan Kaizo berjalan seorang diri di dalam hutan yang agak jauh daripada Headquarters TAPOPS. Kaizo mengaktifkan topengnya yang membantunya melihat di dalam kegelapan. Boleh juga jika dia mahu menggunakan flashlight yang ada pada jam tangannnya, tetapi dia tidak mahu menarik perhatian sesiapa atau mana - mana hidupan liar.

Sewaktu berjalan, Kaizo mendengar bunyi - bunyi desiran dan tapak kaki yang melompat daripada dahan ke dahan dari atas pokok. Sebagai langkah keselamatan dan elemen kejutan, dia telah mengarahkan Shielda agar mengikutinya tetapi dari jauh dan terlindung.

Akhirnya sebuah bangunan terbiar kelihatan di pandangan mereka. Bangunan itu sudah ditinggalkan terlalu lama sehinggakan ditumbuhi lumut dan tumbuhan menjalar dan menjadi kediaman kelawar dan burung. Shielda melompat turun daripada pokok dan mendarat dengan posisi melutut di belakang Kaizo apabila mereka sudah tiba di hadapan bangunan itu. Mereka berjalan masuk ke dalam bangunan itu dengan senyap dan berjaga - jaga.

Bangunan terbiar ini dahulunya adalah sebuah makmal yang digunakan untuk mengkaji power sphera. Tetapi ketua saintis yang bertanggungjawab telah menyalahgunakan amanah yang diberikan padanya dan memprogramkan semula power sphera untuk digunakan demi kepentingan dirinya sendiri. Oleh itu, Marsyal TAPOPS pada masa itu telah mengarahkan supaya projek mengkaji power sphera ditutup dan supaya saintis durjana itu diberkas. Namun saintis itu telah berjaya melarikan diri dan masih tidak dapat diberkas sehingga sekarang.

Mereka tiba di sebuah lobi yang dipenuhi dengan sarang labah - labah dan habuk. Kaizo dan Shielda menaiki tangga sehingga sampai di tingkat tiga. Di tingkat tiga, mereka mencari sebuah bilik yang telah dinyatakan oleh orang yang Kaizo ingin berjumpa.

"Ini dia, tuanku. Bilik Kawalan Makmal." Shielda berkata dengan nada berbisik, menunjukkan pintu bilik yang berada di sebelah kiri mereka. Setelah menerima anggukan daripada Kaizo, Shielda mengetuk pintu bilik itu sebanyak tujuh kali. Kemudian, kedengaran di sebalik pintu bilik itu adalah ketukan sebanyak lima kali, menunjukkan bahawa orang yang berada di dalam bilik itu adalah orang yang mereka ingin berjumpa.

Pintu itu dibuka oleh Sai dan Kaizo dan Shielda melangkah masuk.

"Kakanda!" Kairo yang sedang sibuk menaip di laptopnya di salah sebuah meja yang berada di situ, bangun dari tempatnya untuk memeluk abangnya. Kaizo cuma terkebil - kebil apabila adik separuh tirinya memeluknya dengan erat sambil diperhatikan oleh pasangan kembar itu. Sai dan Shielda menahan ketawa mereka melihat perbezaan karakter antara kedua - dua putera.

"Kairo, macam mana perjalanan kau ke sini? Ada apa - apa yang berlaku?"

Kairo melepaskan abangnya daripada pelukannya, sekarang dia menarik Kaizo ke sebuah sofa yang telah dibersihkan untuk duduk. Sai tunduk kepada kedua - dua putera sebelum memegang topinya sebagai signal pada Shielda. Shielda mengangguk tanda faham, dan Sai keluar daripada bilik untuk berjaga di luar. Shielda pula telah berdiri di dinding di sebelah tingkap.

"Tiada apa - apa. Semua okay sahaja. Fang macam mana?"

Kaizo menutup kedua - dua matanya dan mengeluh kuat. "Fang kata dia bencikan kakanda dan menghalau kakanda, Sai dan Shielda keluar daripada bilik dia gunakan Tangan Bayang dia tu."

Tergelak Kairo mendengarnya. Dia membayangkan Fang menghumban mereka bertiga keluar dari biliknya dan mengendahkan panggilan daripada abang mereka. "Sabarlah, kakanda. Fang tidak bencikan kakanda, dia cuma cakap macam tu kerana dikawal perasaan marah."

"Kakanda tahu." Kaizo mengeluh lagi, kali ni memicit sedikit dahinya. Terlalu banyak perkara yang ada di dalam fikirannya sekarang. "Sementara kakanda selesaikan hal ini, kakanda mahu adinda pulang ke Ao. Terangkan perkara sebenar pada nenda. Dan juga, tolong selesaikan apa - apa urusan penting sekiranya ada, bagi pihak keluarga diraja."

"Baik, kakanda."

"Adinda." Kaizo memanggil adiknya dan meletakkan tangannya di atas bahu adiknya. Matanya memandang tepat pada mata adiknya. "Kakanda minta maaf. Atas apa yang telah berlaku, dan akan berlaku."

Kairo tersenyum tawar dan mengangguk lemah. Dia tahu apa yang abangnya maksudkan. Setelah penyiasatan selesai dan ibunya diberkas, ibunya akan dijatuhkan hukuman. Hukuman kerana cuba membunuh seorang putera dan menggulingkan keluarga diraja Murasaki. "Bukan salah kakanda. Ibu tidak sepatutnya berkelakuan seperti ini. Sikap dan perbuatan ibu selama ini telah merosakkan hubungan kekeluargaan kita. Tapi kali ni, adinda akui, ibu memang sudah melampau."

"Kairo..."

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

Dua hari telah berlalu, dan akhirnya, hari untuk Ujian Latihan Simulasi telah pun tiba. Ujian diadakan mengikut kumpulan yang telah diberikan dan dijalankan di bilik simulasi di mana mereka menerima taklimat.

Boboiboy sedang menunggu gilirannya untuk menduduki ujian latihan simulasi. Dia berada di belakang kebanyakan calon yang sedang memerhatikan calon yang sedang menjalani ujian latihan simulasi itu dalam keadaan bersila. Dia mahu tenangkan fikiran dan fokus sahaja pada cara yang dia rancang untuk lakukan untuk lulus ujian latihan simulasi ini. Setakat ini, tiada satu pun calon yang lulus ujian ini.

Suara beberapa calon ujian bersorak untuk rakan mereka yang berada di dalam arena latihan simulasi, bunyi pertemuan antara senjata dan suara Ochobot cuma sanyup sahaja di kedua telinganya. Beberapa kali, Boboiboy menutup kedua - dua matanya, menarik nafas yang panjang dan melepaskannya secara perlahan - lahan. Diulanginya perbuatan ini sehingga dia benar - benar dapat mengosongkan fikirannya.

Boboiboy membiarkan dirinya setenang yang mungkin, dan cuba merasakan seolah - olah terdapat aliran elektrik di seluruh badannya. Dia tidak perlu membuka matanya untuk tahu bahawa memang terdapat aliran elektrik kecil di seluruh badannya. Senyuman kecil muncul di bibirnya, bangga dengan pencapaiannya yang mampu mengawal kekuatan aliran elekriknya sepenuhnya.

Ini akan menjadi kunci kemenangannya nanti.

"Baiklah, seterusnya, Kadet Boboiboy!"

Mendengar nama Boboiboy, beberapa helahan nafas terkejut datang daripada sebahagian daripada calon - calon yang satu kumpulan dengannya. Mereka yang tidak tahu siapakah Boboiboy bertanya pada mereka yang tahu.

Sarjan Yanto memandang tajam ke arah Boboiboy, yang sudah bangun daripada posisi bersila dan datang menghampiri arena latihan simulasi. Jadi, inilah Boboiboy, bisiknya dalam hati. Kadet daripada Bumi yang berkawan baik dengan power sphera generasi ke - sembilan, Ochobot dan diiktiraf oleh Komander Koko Ci, Kapten Kaizo dan Laksamana Tarung. Teringat dia kepada apa yang Fang cakap padanya selepas habis mesyuarat pembahagian tugas proctor ujian kenaikan pangkat bagi ujian latihan simulasi.

"Perhatikan Kadet Boboiboy betul - betul. Aku sangat pasti dia akan tunjukkan sesuatu yang mengagumkan pada kau."

Dan ini adalah detik kebenarannya.

Boboiboy tiba di pintu masuk arena latihan simulasi dan memandang hologram Ochobot di dalamnya dengan penuh keazaman. Kedua - dua tangannya digenggam dengan kuat, menahan semua perasaan daripada kelihatan.

"Kadet Boboiboy, kau sudah bersedia?"

"Sudah, Sarjan!"

"Ingat, jika kau menyerah kalah, pergi sahaja ke pintu masuk." Sudah 24 orang calon yang mengalah, dia berharap calon terakhir kumpulannya ini akan lulus. Papan kekunci holografik muncul di hadapan Sarjan Yanto, dan sarjan itu menekan butang berwarna hijau.

Pintu arena terbuka dan Boboiboy melangkah masuk.

Boboiboy memandang holografik Ochobot yang bermata merah cerah itu. Satu lingkaran spiral api yang marak muncul dari lantai di bawah Ochobot dan berlingkaran ke atas, seolah - olah melindungi Ochobot, dan pada masa yang sama, berjaga - jaga untuk menyerang jika Boboiboy menyerang.

Ochobot mengangkat tangan kanannya dan menunjuk ke arah Boboiboy. Elemen api dan udara menurut arahannya dan angin yang kuat dengan gabungan suar api menuju ke arah Boboiboy dengan pantas.

Jam kuasa di tangan kanannya bercahaya, skrin menujukkan simbol elemen tanah. "Kuasa Elemental!Boboiboy Tanah! Tanah Pelindung!" Boboiboy berlindung di sebalik tanah yang tinggi itu sehingga serangan kombo angin dan api yang menyerangnya sudah tiada. Tetapi rupanya Ochobot telah meningkatkan kualiti serangannya. Kali ini, muncul pula serangan kombo yang sama, tetapi daripada bawah, iaitu lantai arena.

"Heh, tak semudah itu kau dapat kalahkan aku!" Kini, skrin di jam kuasanya bertukar simbol elemen air pula. "Boboiboy Air! Peluncur Ombak!" Boboiboy Air muncul dan mendarat di atas ombak yang menjelma atas arahannya. Ombak itu diarahkan untuk menaik dan serangan Ochobot telah berjaya dielakkan.

"Haahhh, nasib baik dapat elak. Hmm, boleh ke kalau aku rehat kejap ye?" Boboiboy Air tersenyum dengan muka yang tenang, seperti dia bukannya sedang menduduki ujian.

Ochobot mengeluarkan kuasa tanah dengan menyerang Boboiboy Air menggunakan lemparan batu - batu yang besar ke arahnya.

"Okay, masa untuk tukar! Kuasa Elemental! Boboiboy Api!" Sekarang, Boboiboy Api sudah bertukar tempat dengan Boboiboy Air. Ombak air telah pun hilang dan Boboiboy Api mendarat dengan penuh bergaya di lantai besi bilik latihan simulasi itu.

"Serangan Api, bertubi - tubi!" Semua batu - batu yang menuju ke arah Boboiboy Api dimusnahkan oleh serangan apinya.

"Hah, senang je ni!" Boboiboy Api kedengaran sedikit angkuh sambil tersengih pada Ochobot.

"Wahh, hebat lah kau Boboiboy!" Kedengaran suara salah satu calon ujian yang menonton perlawanan Boboiboy dengan tekun.

Akhirnya, seperti yang dijangkakan, Ochobot sekarang sudah menggunakan kuasa Boboiboy Air. Terseyum Boboiboy melihat Ochobot menaikkan ombak besar dalam usaha untuk menewaskannya.

"Baiklah, sekarang masanya!" Boboiboy melompat tinggi di udara dan berpusing sebelum bertukar menjadi Boboiboy Petir.

Boboiboy Petir mendarat pada salah satu alunan ombak yang dihasilkan oleh Ochobot dan melompat dari satu alunan ombak ke alunan ombak yang lain dengan ketangkasan kilat, menuju ke arah Ochobot. Boboiboy Petir memegang Ochobot dalam dakapannya dan Boboiboy Petir memandang Ochobot yang sedang meronta - ronta dengan pandangan penuh azam dan nekad. "Maafkan aku, Ochobot." Bisiknya sebelum melambung Ochobot ke udara. Di tangannya adalah aliran elektrik kecil yang sedang mengalir.

Boboiboy Petir melompat ke udara dan kedua - dua tangannya memegang Ochobot dengan kuat.

"Elektrik Petir!"

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

"Tahniah aku ucapkan pada Kadet Boboiboy dan Kadet Gopal, atas keputusan yang cemerlang dalam Ujian Latihan Simulasi TAPOPS!" Koko Ci berucap dan menepuk tangannya, diikuti oleh semua yang hadir pada parti sambutan berakhirnya Ujian Latihan Simulasi Boboiboy dan Gopal.

Kali ni, Kaizo dan Lahap pun turut berada bersama mereka.

Boboiboy tersenyum tersipu - sipu manakala Gopal pula sudah mendabik dada dengan beberapa posing yang difikirkannya menunjukkan keberanian dan kegagahannya.

"Boboiboy, macam mana kau dapat idea untuk gunakan Elektrik Petir untuk tewaskan Ochobot?" Soal Yaya dengan nada ingin tahu.

"Ha ah, aku pun nak tahu jugak." Ochobot menambah. Dia berada terapung di sebelah Boboiboy.

Semua yang lain juga sudah diam mahu mendengar jawapan Boboiboy.

Merah padam sedikit muka Boboiboy kerana menahan rasa segan. "Ahhh aku dapat idea ni masa laptop aku rosak. Jadi aku terfikir, sebab power sphera juga sebenarnya adalah robot, jadi mesti ada sistem reboot jugak. Jadi aku gunakan kuasa Elektrik Petir untuk salurkan kuasa elektrik pada Ochobot, cukup untuk memaksa sistem Ochobot reboot semula, yang membebaskannya daripada tetapan yang disetkan padanya."

"Dan taktik ini hanya berkesan kerana kau yang mengawal elektrik itu sendiri." Kaizo menyuarakan pemahamannya melalui penjelasan Boboiboy.

Boboiboy mengangguk. "Betul tu, Kapten Kaizo. Mesti ada keseimbangan yang betul antara penyaluran elektrik itu sendiri. Terlalu banyak, dan Ochobot akan rosak teruk atau..." Boboiboy tidak menyambung, dia cuma mengusap - usap Ochobot sahaja.

"Taktik kau telah mendapat pujian yang tinggi daripada Marsyal Kadara. Selama ni, kami belum pernah berjaya mencari jalan yang terbaik untuk melakukan reboot ke atas mana - mana power sphera sebelum ni tanpa merosakkan mereka." Tarung berkata sambil tersenyum bangga.

"Kau mungkin akan disoal oleh pihak RD dan diminta untuk membantu dalam penyelidikan mereka. Bersiap sedia." Kaizo berpesan kepada Boboiboy, yang sudah mula tersipu malu dan sedikit gementar memikirkan yang dia mungkin akan memainkan peranan yang sangat penting pada TAPOPS dan semua power sphera.

"Heh, itu kawan aku tu!" Gopal berkata penuh bangga dan menyiku Fang.

"Haissh, Boboiboy pun kawan aku jugak lah." Balas putera itu, dan mengalihkan pandangan apabila abangnya menjeling ke arahnya.

"Jangan lupa, aku pun lulus jugak tau!" Gopal mengingatkan mereka semua dengan suara yang kuat dan bangga.

"Ha ah, kau memang kuat, sampai tukarkan ImpiBot jadi buah pic!" Yaya membalas dan membuatkan hampir mereka semua ketawa terbahak - bahak.

"Janganlah gelakkan aku weyyy! Nanti tolong aku tukarkan ImpiBot balik tau!"

"Buatlah sendiri! Lu kan pakar!" Ying menjawab sebelum menyambung ketawanya.

"Hmm, patutlah aku tak nampak ImpiBot." Kaizo berbisik pada diri sendiri, namun didengari oleh Tarung dan Koko Ci, yang tertawa kecil.

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~