Disclaimer: Bleach dan Naruto bukan milik saya ia milik Tite Kubo dan Masashi Kishimoto. Saya hanya miliki plot cerita sahaja.

Di pekan Karakura yang damai, seorang shinigami muda memakai haori kapten standard tanpa lengan dengan selendang hijau di sekitar bahunya, diikat oleh klip berbentuk seperti bintang bulat. Selendang hijaunya menahan sarung Zanpakutō di punggungnya dan mengikat kedua ujungnya. Lelaki ini duduk di atas bumbung apartmen tingkat lima. Dia kini sibuk memerhati pekan Karakura yang damai untuk mencari lokasi hollow yang terbaru yang baru diterima sebentar tadi.

Rambutnya yang bewarna putih salju kini bertebangan di tiup angin yang mendayu sayu menyapa lembut tubuhnya. Anak matanya yang bewarna hijau turquoise pula berputar melihat sekitar di jalanan di bawah bangunan apartmen tempatnya bersantai, melihat pasangan bahagia berjalan dan anak-anak kecil yang sibuk bermain pasir di taman permainan.

Remaja ini bernama Toshiro Hitsugaya, Kapten Divisi 10 dalam gotei 13 yang di bangunkan di soul society tempat dimana semua makluk yang telah mati di hidupkan kembali dan tinggal di sana sehinggalah mereka di reinkarnasi.

Toshiro kini duduk termenung atas palang besi atas atap apartmen. Dia begitu senang kerana tidak perlu berurusan dengan badan buatannya yang menjengkelkan atau lebih dikenali sebagai gigai.

Dia sangat puas, tetapi berharap dia tidak perlu melakukan perbuatan terkutuk ini datang ke dunia manusia. Dia lebih prefer menjalankan tugasnya sebagai kapten menandatangani semua dokumen kerja dan bertemu dengan sahabat lamanya, Hinamori Momo. Sudah sekian lama semenjak dia berjumpa dengan Hinamori semenjak kejadian berlakunya pengkhianatan Aizen, dan salah faham antaranya dan Hinamori juga telah pulih. Dan setahun lebih juga telah berlalu semenjak Aizen berjaya di tumpaskan dan kini soul society kembali aman.

Namun tidak bagi pemuda yang satu ini. Walaupun suasana di soul society kini telah tenang namun suasana jiwanya sekarang tengah kacau bilau memikirkan kertas kerja serta laporan yang perlu di tandatangani oleh leftenannya, Rangiku Matsumoto sementara dia berada di dunia manusia. Kalau hendak harapkan wanita itu nampaknya balik nanti bertimbun la kerja dia perlu langsaikan. Tidak lupa juga botol sake yang wanita itu akan sembunyikan di dalam office nya nanti. Bila memikirkan itu aura gelap mula membuak keluar dari tubuhnya juga di sertai dengan serpihan ais menular di sekitar bawah tapak kakinya. Kepalanya juga mula berdenyut.

Toshiro mengeluh seraya memucit kepalanya.

"Matsumoto kala-"ayatnya tergantung apabila terdengar laungan dari bawah bangunan apartmen.

"Hinata!Cepat sikit!"

"S-Sakura-Chan!Tunggu saya!" Suara lembut dan mendayu dayu, membuat pandangan Toshiro jatuh ke jalan. Toshiro ternampak dua orang gadis dalam lingkungan 15-16 tahun tahun, satu dengan rambut merah muda bubblegum, dengan mata hijau. Rambutnya yang panjang hingga mencecah sampai ke pinggang diikat ekor kuda. Dia kelihatan seperti sedang tergesa-gesa untuk ke suatu tempat.

Mata Toshiro beralih melihat ke belakang gadis rambut pink itu pula, terlihat seorang gadis yang lain, rambut birunya yang panjang mencecah sehingga ke punggungnya. Dia kelihatan termengah termengah mengejar rakannya yang berlari di hadapannya.

"Ayo, Hinata! Ino menunggu kita di mall!" gadis yang rambut panjang berwarna merah jambu, Toshiro menganggap bahawa gadis itu yang dinamakan Sakura.

"W-Wait! Siapa yang pergi selain kita?" gadis itu yang di labelkan sebagai Hinata, meronta, menarik kerah belakang baju merah yang dipakai Sakura, sekaligus berjaya menghentikan larian rakannya. Sakura berhenti sejenak, tepat berhadapan dengan bangunan apartmen yang Toshiro kini berada.

"Aku, kamu, Ino, Sai, Sasuke dan~ Naruto" jawab Sakura dengan menyeringai.

"Oh" balas Hinata dengan matanya menatap hujung kasutnya. Rambutnya yang panjang mengurai mula menghalang penglihatannya dan dia terus menyisip rambutnya yang panjang ke belakang telinganya, matanya yang bewarna lavender mengelak dari bertentang mata dengan rakannya. Dari kejauhan Sakura perasan rona merah muncul di pipi sahabat baiknya apabila nama lelaki yang di sukainya di sebut olehnya.

Sakura menyiku lengan Hinata. "Hinata. Ini kesempatan emas kamu untuk luahkan perasaan kat dia manatahu nanti dia di kebas orang pulak kalau kamu terlambat beritahu dia" pujuk Sakura dengan bersungguh.

"Tapi saya malu" Hinata masih belum mengangkat mukanya membalas Sakura.

"Tak pelah buat masa sekarang ni kamu kumpulkan keberanian kamu tu. Kalau kamu dah sedia aku sudi membantu kamu nanti" ujar Sakura meraih tangan rakannya.

"Terima kasih, Sakura-Chan" ucap Hinata malu malu kucing.

"No prob, kamu kan sahabat aku" sakura tersengeh. "Mari pergi." ajaknya.

Hinata mengangguk setuju. Perlahan-lahan dia mengikuti rakannya dengan diam, kegembiraan jelas terpancar di wajah doll face nya.

'Dia sangat comel' batin Toshiro memuji gadis itu.

Namun apabila sedar akan kesalahannya itu Toshiro dengan laju menggeleng kepalanya cuba menghapuskan apa yang di fikirnya tadi. Toshiro hanya mengeluh. Dia kembali melihat gadis rambut panjang itu.

Pada masa yang sama, tatapan Hinata bergerak ke atas, bertemu dengan mata hijau turquoise milik Toshiro. Gadis itu menoleh ke belakang lalu tersenyum manis terhadap Toshiro sebelum perhatiannya beralih memandang ke arah Sakura.

Toshiro tergamam. Matanya membulat besar, mulutnya terganga, wajahnya juga memucat cuma hidungnya sahaja yang memerah kerana kesejukan di musim salju.

"Tadi dia senyum pada aku ke?"